I was inspired by the story of David when he kill the mighty Goliath (not mighty after all). Ada satu hal yang telah mengubah persepsi (perception) saya mengenai mengalahkan Goliath di dalam hidup saya dan sebenarnya, menjadi pemimpin di RYC selama 2 tahun lebih, there's so much work to be done, there's so many challenges, there's so many difficulties and limitations in order to bring RYC to where it is today..thanks to God for giving me this wonderful experience kerana melalui cerita Daud & Goliath, ada satu prinsip yang saya pegang sehingga ke hari ini.
We read 1 Samuel 17:20-39. Beberapa prinsip yang saya pelajari dari kisah keberhasilan Daud melawan Goliat anda i believe you'll benefit from this.
1) Daud mengenal Tuhan dan pekerjaan-Nya
Bayangkan kalau kita di posisi Daud, tiba dimedan peperangan dan melihat askar-askar israel ketakutan kerana si Goliat sudah mara ke depan. Jika kita ada pada waktu tu, memang kita pun akan merasa takut bukan? Berbeza dengan Daud, dia sempat berkata "..Siapakah orang Filistin yang tak bersunat ini, sampai ia berani mencemoohkan barisan dari pada Allah yang hidup?" Walaupun Daud tau bahawa Goliat itu seorang yang berbadan besar, dia lebih tau siapa Allahnya dan dia terlebih dahulu tau kemenangan ada di pihak Tuhan. Dalam kehidupan kita sehari-hari bahkan dalam pelayanan, berhadapan dengan sang goliat dalam hidup kita, dapatkah kita berani berkata "apakah yang dapat dilakukan oleh masalah ini terhadap aku bila Tuhan ada dipihakku?", Daud punya hubungan denga n Tuhan, makanya dia berani berkata demikian. Dalam ayat 32 juga, saat Daud berhadapan dengan Raja Saul, dengan yakin berkata "Janganlah seorang menjadi tawar hati kerana dia (Goliat); hambamu ini akan pergi melawan orang FIlistin itu." Now that's what i call Faith!
2) Daud dipandang rendah kerana keadaannya-tentangan datang dari orang terdekat, abangnya.
This is something that all of us have to go thru. Being looked down by others. Saya sendiri pernah dan sampai ke hari ini, masih ada mengalami saat-saat di mana orang lain meragui kemampuan saya. Abang Daud, si Eliab mengatakan "Mengapa kau datang?...aku kenal sifat pemberanimu dan kejahatan hatimu.." ayat 28. Kesian Daud, datang-datang ja kena marah. Kesian kau, dengan hati yang berkobar-kobar untuk melayani terus kena marah, kena pandang rendah. Baru mau bercita-cita besar, sudah dipandang rendah oleh orang lain, diejek, diperkecilkan...kesian. Lebih menyedihkan kalau tentangan itu datang dari keluarga / orang yang paling dekat dengan kita (our spouse, friends, church leaders / team). I've been through this. Anyway, respon Daud waktu menerima tentangan dari abangnya cukup positif dan innocent.
3) Daud tau akan kemampuannya (Self analysis / self evaluation) Ayat 34-37
Untuk berjaya, untuk mengalahkan "Goliat" dalam hidup kita, kita perlu menganalisa diri kita sendiri, tau akan kemampuan dan kapasiti kita. Tau siapa identiti kita dihadapan Tuhan dan mintalah dimentor oleh orang yang lebih matang dalam kerohanian / hal-hal teknikal/pengetahuan. Minta nasihat dan bimbingan dari mentor kita untuk menemukan potensi diri kita. Namun di atas segalanya, minta Tuhan nyatakan pada kita kemampuan dan potensi diri kita. Kerana iman percaya Daud pada Tuhan, dia telah mengalahkan singa dan beruang. This is impossible for young shepherd like David. Saya sendiri telah melalui saat-saat mencemaskan berhadapan dengan "singa" dan "beruang" dalam hidup saya. Looking back, I'm so amazed and thankful because God has lead me through all this. Jika kita dapat mengalahkan "singa" dan "beruang" dalam hidup kita, tiada yang mustahil bagi kita mengalahkan "goliat". Just know what your identity in Christ and you will be able to be strong and bold like David.
4) Daud tidak bergantung pada formula dunia untuk berjaya (ayat 38-39
This is an eye opener for me. Daud dibekalkan dengan pedang, baju zirah, baju perang dan ketopong tembaga. Dan perlengkapan seperti inilah yang menjadi "formula" / alat untuk menang dalam peperangan pada waktu itu. Dalam kehidupan kita, untuk berjaya, dunia sudah meletakkan standard bahawa untuk dikatakan berjaya, kita harus kaya, memiliki rumah besar, kereta besar...pokoknya segala-galanya. Kalau mau berjaya mesti sekolah tinggi-tinggi..pegi study oversea..lagilah orang respect. Now, before u go "huuhaa"/stop reading my blog.. Just wanna let you know that I'm not saying education/being rich is bad. What i'm trying to tell here is how some of us (tanpa kita sedari), terperangkap bahkan taksub dengan "formula" kejayaan yang ada didunia sampai kita lupa bahawa ada Tuhan dan adanya janji-janji Tuhan yang harus kita pegang. Sebelum kita berdoa dan tanya TUhan, kita terlelbih dahulu berusaha dengan hikmat kita (kononnya pandai) dan pengalaman dan kemampuan kita untuk mencapai kejayaan..nah, bila gagal dan tidak mau ke mana, baru nangis-nangis cari Tuhan minta Tuhan tolong tunjukkan jalan. Just look at David, dia menanggalkan segala pakaian dan perlengkapan perang kerana that is just not him. That is just not how he is trained. How about u? Apakah perlengkapan perang yang Tuhan sudah bagi dengan anda?
5) Daud menggunakan apa yang dia sudah kuasai (batu dan lastik) ayat 40
CUba bayangkan di medan peperangan, apabila pedang menjadi senjata utama, Daud hanya menggunakan 5 ketul batu kecil dan lastik dan kita tau akhirnya kerna ROh Tuhan ada bersama Daud, dia dapat mengalahkan goliat dengan hanya sebutir batu. Apa "batu-batu kecil" dan "lastik" dalam hidup anda? Mungkin bagi orang lain, apa yang ada pada anda hanya benda yang remeh/yang tiada nilai/tidak mampu melakukan hal-hal yang besar, tetapi percayalah, bila Roh Tuhan ada pada kita, tiada siapa yang dapat melawan kita. Amen!
I want to end this writings with my own testimony. Saya seorang pemuzik....ya pemuzik. Untuk berjaya dalam bidang entertainment, rules nya ialah : NETWORK, TALENT and HARDWORK. Now, HARDWORK dan TALENT saya boleh usahakan. But NETWORK? well, pada mula-mula penglibatan saya dalam dunia entertainment, saya sempat bertanya pada Tuhan, "Tuhan, kalau memang Kau yang mau saya dalam bidang entertainment, biarlah Kau sendiri yang mengangkat saya. Biar kau sendiri yang membuka peluang bagi saya".
Kenapa saya berkata demikian? kerana selalunya, untuk membina NETWORK, masa yang sangat sesuai adalah weekend alias hujung minggu. You have to go to clubs, socialising yourself, marketing yourself, get to know as much entertainment people as you can and do whatever it takes to be known. Nah, inilah ground rules bagi dunia entertainment. Namun yang demikian, saya melakukan sesuatu yang against "formula" dunia. Hujung minggu saya digunakan untuk pelayanan di gereja. Jumaat malam kalau bukan latihan muzik, pasti ada pelayanan lain. Sabtu pula ada latihan untuk hari minggu/perlatihan di gereja dan 6-8pm, RYC service. So, there goes my weekend...digunakan untuk melayani Tuhan di gereja.
Frustrated? Ya, pada mulanya kerana saya terperangkap dengan "formula" keberhasilan dunia entertainment. Nah, akhirnya Tuhan mengingatkan saya bahawa saya harus cari dulu kerajaan-Nya dan kebenaran-Nya maka SEMUAnya akan diTAMBAHkan (bukan diberikan..tetapi diTAMBAHKAN..maksudnya sudah ada...cuma diTAMBAHKAN) kepada mu (Matius 6:33). So, saya belajar untuk setia dalam hal-hal yang kecil. Nah, setelah beberapa tahun..Tuhan membuka peluang, sehingga ke hari ini. Tanpa saya sendiri mencari peluang, Tuhan yang bagi, saya berkesempatan untuk bermain drum untuk Jacklyn Victor, Vince Chong, Juwita Suwito (permanent drummer sampai hari ini) dan beberapa artis lokal bahkan bermain di event-event besar seperti Penang Jazz Festival bahkan ke Gumi, South Korea! Amazing! dan ngomong2....kalau Tuhan buka jalan (sudah ada tiket pun), saya dan jazz band saya akan beraksi di Jarasum International Jazz Festival, South Korea. Puji Tuhan! Dan peluang-peluang yang ada ini bukan kerana saya sibuk-sibuk mempromosikan diri saya dan sibuk keluar masuk bistro / club untuk dapatkan peluang untuk bermain...Tuhan yang bagi. Ramai kawan2 pemuzik yang tertanya-tanya bagaimana saya dapat main untuk artis-artis dan sampai pegi oversea lagi tu, yang saya tau, saya diberkati Tuhan. Yang saya tau, saya dengan setia melayani Tuhan dengan apa yang saya ada. Glory to God. I know what i have, and until now, i still working on how to us it well. How about you?
very inspiring, how much GOD blessed you...
ReplyDeletecongrates with all ur achievements in life...
Puji Tuhan. Kebenaran yang kamu sampaikan saya AMEN!kan. Doa dah harapan saya, anak muda akan bangkit menjadi Daud-Daud yang mengalahkan Goliat dalam diri mereka. Saya ada rencana untuk menulis buku yang bertajuk "Mengalahkan Goliat Dalam Diri Anda". Tulisan kamu sangat membantu dan membuka banyak hal lagi tentang bagaimana mengenal pasti dan mengalahkan Goliat dalam diri kita. Doakan. Gbu & Maju Terus.
ReplyDelete