Thursday, June 11, 2009

WAGNER JUNIOR?

Wagner Junior?

Banyak kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan saya melayani Tuhan dalam youth ministry, khususnya di RYC, dan saya sedar, saya dapat melayani Tuhan sehingga ke hari ini kerana anugerah-Nya. Salah satu kesilapan yang saya telah lakukan sebagai seorang pemimpin adalah dengan berfikir bahawa saya menjadi pemimpin yang berjaya alias sukses, sekiranya saya menghasilkan beberapa “wagner junior” selama saya menjadi seorang pemimpin.
Dalam kata lain, saya berfikir bahawa saya berjaya sebagai seorang pemimpin sekiranya saya menghasilkan pemimpin-pemimpin yang berfikir seperti saya, membuat keputusan seperti cara saya membuat keputusan, bercakap seperti cara saya bercakap.


Saya lupa bahawa tujuan saya hidup di dunia bukanlah untuk memultiplikasikan imej/gambaran saya, sebaliknya saya dipanggil, kita semua dipanggil, untuk memultiplikasikan gambar Allah. Melalui gaya hidup, cara fikir, cara kita bekerja dan perkataan kita, orang lain dapat tahu bahawa Kristus ada di dalam kita. Tanpa Yesus, tiada satupun dari manusia yang berguna. Tiada satupun yang dihasilkan dari manusia adalah berguna dan sempurna.


Memalukan jika saya terhegeh-hegeh mau memperbanyakkan gambar diri saya, berusaha keras agar pemimpin-pemimpin saya akan selalu mengingati saya dan menyanjungi segala usaha dan pelayanan saya yang pada hakikatnya tidak sempurna sama sekali kalau bukan kerana Yesus. Saya sedar akhirnya bahawa, seorang pemimpin itu sukses bila dia berupaya menghasilkan pemimpin yang menjadi serupa dengan Kristus, dari cara hidup dan cara fikir mereka sama seperti Kristus.


As a youth leader, apa cita-cita kita? Menghasilkan ramai pengikut yang melihat kita seperti sumber segala sesuatu dan bukannya Tuhan? Kita gagal apabila anak-anak muda di gereja kita terlebih dahulu datang kepada kita sekiranya mereka mengalami masalah dan bukannya datang kepada Tuhan terlebih dahulu.

Sebagai kesimpulan, saya ingin youth leaders dan bakal youth leaders yang membaca blog ini sedar bahawa dalam pelayanan kita, biarlah dalam pelayanan kita Yesus menjadi utama, biarlah dalam pelayanan kita nama Yesus dan segala perbuatan-Nya yang banyak diperkatakan oleh anak-anak muda kita.


No comments:

Post a Comment